My Specials Followers !

30 June 2011

senyum tak perlu kata apa-apa


















Senyum itu sedekah,
senyum itu awet muda,
senyum itu kemesraan,
senyum itu pengikat sahabat,
senyum itu penambah kasih,
 senyum itu pelaris jualan,
senyum itu pengiktirafan,
senyum juga pemanis wajah,
senyum menambahkan kecantikan
dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas,
senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah,
senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul,
 Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong diri.

Senyum biarlah pada tempatnya.

Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas.
Senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.

Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan
melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia
senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan
manis dan indah.

Orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan
senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar
serta kurang menarik.

Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan
banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi
anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang
paling istimewa dikasihi Allah.


P/S : Senyuman melahirkan kegembiraan 
     dan kebahagiaan serta mendekati Allah, 
     bersamanya rahmat dan nikmat yang  
     tidak dapat dijual-beli.
THANKS FOR READING X________X

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

love it