My Specials Followers !

16 May 2011

motivasi dari tali kasut

Apabila kita mula memakai kasut baru kita akan
rasai kelainannya. Ia berbeza dengan kasut kita yang lama.
Kalau boleh kita mahu kekal bersama kasut yang
lama tetapi kasut itu sudah rosak. Kita terpaksa
memakai yang baru. Tetapi yang baru ini terasa agak
sempit, apabila dibawa berjalan terasa seperti
terdera kaki.























Lama-lama kita rasa selesa pula dengan kasut
berkenaan, kita pun jadi hairan. Dulu terasa sempit
di hujung tetapi sekarang sudah semakin kembang.
Apa yang pernah dirasai bersama kasut yang lama
terasa pula sekarang. Sesekali kita melihat kasut di
kaki, bagaimana ia boleh berkembang?
















Rupa-rupanya bila kita amat-amati, bukan kasut itu yang
kembang atau kaki kita mengecil tetapi talinya yang
semakin memberi. Dahulu sewaktu mula-mula kita
memakainya kita mengikat dengan kemas dan kejap,
sesuai sebagai kasut baru, mungkin kita rasai beberapa
keburukan, tetapi apabila selalu digunakan dan talinya
semakin longgar dan memberi, kita sudah dapat rasai
keselesaan yang asal.
















Begitulah kasut bertoleransi dengan kita, untuk memberikan
kita keselesaan dan keserasian. Ia melonggar dengan sendiri
mengikut pergerakan kaki dan kekerapan ia digunakan.
Semakin ia digunakan semakin ia memahami keperluan kita
dan kita pun semakin selesa dan selesa. Hingga apabila
sampai masanya nanti kasut itu hendak dibuang kerana
telah rosak.
THANKS FOR READING X________X

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

love it