My Specials Followers !

16 May 2011

makna c.i.n.t.a ?

Selalunya, orang merajuk cinta ROMEO dan
JULIET sebagai lambang cinta suci. Apabila
bercakap tentang bukti cinta abadi, Taj Mahal
dijadikan contoh.












Sebenarnya, cinta suci bermaksud, adakah cinta
anda masih tinggi setelah sebab-sebab anda
mencintai itu telah pergi? Misalnya, adakah anda
masih mencintai seseorang itu setelah dia tiba-tiba
tidak boleh bercakap akibat diserang strok?











Adakah anda masih menyanjunginya setelah dia tiba-tiba 
jatuh muflis? Dan adakah anda masih menyayanginya setelah
sama-sama tua dan penuh dengan 'kekurangan'?

Sekiranya nilai kasih, sayang dan cinta anda itu tidak
terjejas, barulah nilainya suci. Jika tidak, anda hanya salah 
seorang pendusta dalam hikayat cinta.













Cinta itu sangat mudah dilafazkan. Namun, ia payah untuk 
dibuktikan dan apatah lagi mengekalkannya. Ketika seseorang
itu sedang 'ranum', menawan, berharta dan berasal daripada 
keluarga terhormat, barangkali dia akan dicintai sepenuh jiwa.
Tetapi jika telah tua lalu menjadi kerepot dan harta pula sudah
tiada, adakah anda masih sanggup melafazkan kata-kata CINTA?


THANKS FOR READING X________X

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

love it